KHIDMAT BANTU PKG BAGI MAKMAL KOMPUTER SK SANTONG APSSK 2020
Pihak PKG Dungun telah hadir pada 18 dan 19.2.2020 bagi memberi khidmat bantu untuk projek persediaan naik taraf makmal komputer SK Santong sempena APSSK 2020.
Sambutan Bulan Anti Dadah peringkat sekolah ini pada 19.2.2020. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Zaharah Yazid, guru besar SK Santong. Antara aktiviti yang dijalankan seperti deklamasi sajak oleh murid dan juga aktiviti mewarna poster anti dadah. Matlamat program ini adalah untuk mendidik dan memulihkan tingkah laku negatif murid seperti penyalahgunaan dadah supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah akan telaksana.
Program Jom Ke Sekolah merupakan program kerjasama diantara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM. Pada tahun ini program jom ke sekolah ini dilancarkan serentak seluruh negara pada 17 Februari 2020. SK Santong juga telah mengadakan majlis pelancaran program ini dengan menjemput PPS SK Santong iaitu Koperal Sayuti dari Balai Polis Paka serta dirasmikan oleh Guru Besar Puan Siti Zaharah Bt Yazid diiringi oleh Pegawai PPD 1P1S Sk Santong iaitu En Rohazal Abdullah. Turut hadir dalam majlis ini adalah wakil PIBG SK Santong.
1. Kepelbagaian program membaca.
2. Pembangunan prasarana dan aktiviti membaca.
3. Pesta buku sebagai destinasi perbukuan masyarakat.
4. Pembangunan pembacaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.
5. Capaian buku digital/e-buku.
6. Pendidikan sepanjang hayat.
Pelancaran Program Nilam & Google Classroom diadakan pada 4 Februari 2020 dirasmikan oleh guru besar SK Santong Puan Siti Zaharah Yazid bertempat di Dewan Ilmu SK Santong. Pelancaran Program Nilam dibuat setiap tahun bagi mencapai matlamat kerajaan untuk melestarikan budaya
membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid khususnya dan juga warga sekolah. Program Google Classroom pula diperkenalkan oleh kerajaan untuk semua sekolah bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan tanpa menggunakan kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar.
Mesyuarat Agung PIBG SK Santong kali ke-34 tahun 2020 telah diadakan pada 29 Januari 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Ilmu SK Santong bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh En Fairos Bin Roslan, Pengurus Besar Petronas GPP Santong diiringi oleh Pegawai PPD Dungun iaitu En Rohazal Abdullah. Antara agenda mensyuarat adalah untuk memilih jawatankuasa PIBG yang baru. Pengagihan bantuan awal persekolahan sebanyak RM 100 seorang murid juga diadakan pada jam 5.00 petang selepas mesyuarat PIBG selesai.