Tuesday, October 22, 2019

MAJLIS ASYURA & BUBUR LAMBUK 2019

Majlis Asyura dan Bubur Lambuk SK Santong ini telah diadakan pada 10 Oktober 2019 (Khamis) bagi meraikan bulan Muharram 1441 Hijrah. Program ini melibatkan semua warga SK Santong yang bersama-sama bergotong royong memasak sendiri bubur Asyura dan bubur lambuk. Program diharap dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan semua warga SK Santong.








MAJLIS SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2019

Sekolah Kebangsaan Santong telah mengadakan Majlis sambutan penutup bulan kemerdekaan 2019 pada 15 September 2019. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan khas buat semua murid SK Santong. Objektif program sambutan bulan kemerdekaan ini salah satunya adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dikalangan murid-murid khususnya bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Semoga program seperti ini berterusan lagi untuk masa akan datang.