Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah pada tahun ini telah diadakan pada 22 Januari 2020 bertempat di perkarangan Masjid Kg Santong melibatkan semua murid tahap satu dan dua. Merentas Desa merupakan acara tahunan di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa di bangku sekolah.
Monday, February 3, 2020
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020
Monday, January 27, 2020
PERKONGSIAN RESENSI BUKU
Perkongsian resensi buku oleh murid dan guru SK Santong
GOTONG ROYONG & KHIDMAT BANTU PKG PAKA BAGI PERSEDIAAN APPSSK 2020
Pada 13 Januari 2020, pihak sekolah telah mengadakan gotong royong bersama guru dan murid serta khidmat bantu dari PKG Paka bagi persediaan menghadapi APPSSK 2020. Pihak sekolah amat menghargai jasa dan khidmat bantu dari pihak PKG Paka yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam membuat persiapan menghadapi pertandingan tersebut.
KEPUTUSAN KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT ZON PAKA TAHUN 2020
Kejohanan Badminton peringkat zon Paka telah diadakan pada 14 Januari 2020 bertempat di SK Ketengah Jaya 2, Dungun. Pada tahun ini, SK Santong telah menghantar seramai 4 orang murid lelaki bagi mewakili dalam acara perseorangan dan juga regu. SK Santong telah berjaya menjadi Naib Johan bagi acara regu lelaki dan seterusnya mewakili Zon Paka ke peringkat daerah.
Wednesday, January 15, 2020
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020
Sesi Persekolahan Tahun 2020 telah pun bermula pada 1.1.2020 iaitu pada hari Rabu. Menariknya pada hari pertama persekolahan, semua guru telah berkumpul dihadapan pintu pagar sekolah ini bagi menyambut kedatangan murid. Semoga permulaan Tahun 2020, semua murid SK Santong lebih berdedikasi dan cemerlang!
Tuesday, December 31, 2019
HARI PENDAFTARAN SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2020
Hari Pendaftaran sekolah bagi SK Santong untuk sesi persekolahan 2020 telah diadakan pada 31 Disember 2019. Hari pendaftaran sekolah membolehkan ibubapa membeli peralatan dan alat tulis murid bagi persediaan sesi persekolahan yang baru.
Monday, December 23, 2019
KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2019
Keputusan UPKK bagi murid Tahun 5 2019 telah diumumkan pada 18 Disember 2019. SK Santong telah mendapat tempat ke 5 terbaik UPKK sekolah-sekolah daerah Dungun. Seramai 9 orang daripada 15 orang murid tahun 5 SK Santong telah mendapat 8A dalam UPKK. Semoga kejayaan ini berterusan dan memberi inspirasi kepada murid lain untuk turut cemerlang! TAHNIAH SK SANTONG!
Subscribe to:
Posts (Atom)
































