Sunday, November 8, 2020

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA SEKOLAH BERIKUTAN PENINGKATAN KES COVID 19

 Ekoran dari pertambahan kes Covid 19 di negara kita baru-baru ini dan juga Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat yang dibuat oleh kerajaan, KPM juga telah memutuskan untuk menutup semua sekolah di seluruh negara bermula 9 November sehingga 17 Disember 2020 Berdasarkan kepada ucapan Menteri Pendidikan Malaysia Dr Radzi Jidin pada 8 November 2020:

1. Pengajaran dan Pembelajaran secara online masih diteruskan. Guru perlu kekal berada di stesen masing-masing.

2. Murid-murid yg tinggal di asrama perlu dijemput pulang oleh ibu bapa.

3. Penggal persekolahan akan bermula 20 Januari 2021 secara bersemuka bagi semua murid termasuk Kolej Vokasional.

4. Untuk murid tingkatan 2 dan 3 akan mulakan sesi persekolah pada 20 Januari 2020 secara online. Akan mula kelas secara bersemuka pada 8 Mac 2021.

5. Tarikh peperiksaan ditunda iaitu SPM, SVM dan STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. STPM akan bermula pada 8 Mac 2021.

6. Kesemua ketetapan ini terpakai utk semua institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM. Untuk sekolah swasta lain disaran ikut tarikh ini.

7. Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Murid ke Sekolah Khusus (PKSK) bagi tingkatan 1 dan 4 ditangguhkan ke tarikh yg akan dimaklumkan kelak.

8. Bagi pelaksanaan Percubaan SPM, Kerja Kursus dan pentaksiran yg dijadualkan pada Disember, akan dijadualkan semula dan akan dimaklumkan kemudian.

9. Penjadualan peperiksaan ini tidak akan menjejaskan kemasukan ke IPT bagi tahun 2021 yg dikendalikan melalui UPU online oleh Kementerian Pemgajian Tinggi.

10. Bagi pelajar matrikulasi dan IPG, mereka akan meneruskan pembelajaran secara online sepenuhnya sehingga 31 Disember 2020. Pelajar matrikulasi akan masuk pada 4 Januari 2021.

11. Peperiksaan MUET utk pelajar matrikulasi yg dijadualkan pada 8 - 19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke tahun 2021.


Saturday, November 7, 2020

MAKLUMAN JADUAL PDPR SEPANJANG TEMPOH PKPB 2020

 Makluman Jadual PDPR di bawah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai 7 November 2020 - 17 Disember 2020.




Thursday, November 5, 2020

MAKLUMAN PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDKAN DI DAERAH DUNGUN

 Penutupan semua institusi pendidikan di seluruh Daerah Dungun bermula 7 November 2020 sehingga 20 November 2020 dan melibatkan 73 institusi pendidikan di daerah Dungun seperti di bawah.







Tuesday, October 27, 2020

Program dan Pertandingan dalam talian Festival Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sektor Awam 2020.

 Jom sertai pelbagai program dan pertandingan dalam talian Festival Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sektor Awam 2020.


Hadiah menarik menanti anda. Jangan lepaskan peluang ini.

Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan yang berikut http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/1313

Tarikh tutup penyertaan pada 6 November 2020.

#MalaysiaMembaca
#BahasaJiwaBangsa
#DekadMembacaKebangsaan
#KLWBC2020 
See less





Pertandingan Video Baca & Kongsi

 Jom sertai Pertandingan Iklan Program Nilam dan Pertandingan Video Baca & Kongsi
Anjuran Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Tarikh tutup: 14 November 2020






TAHNIAH MURID SK SANTONG !

 Tahniah diucapkan kepada adik Zue Ain Syahida bt Muhamad Syamsyul Rizal kerana telah lulus dalam Modul Celik Kewangan peringkat Kebangsaan anjuran Bank Simpanan Nasional.




Sunday, October 25, 2020

Bengkel eRPH 5.0 bagi Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) Tahun 2020

 Bengkel eRPH 5.0 bagi Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) Tahun 2020 disampaikan oleh Puan Masni bt Zainudin, Penyelaras eRPH pada hari ini 26 Oktober 2020 bertempat di makmal komputer Dar Elmi bagi kemaskini eRPH guru-guru SK Santong.