Thursday, March 26, 2020
PERTANDINGAN FOTOGRAFI KREATIF BESERTA HASHTAG #STAYATHOME
CUTI KUARANTIN COVID 19
Disebabkan penularan virus Covid 19 yang semakin membimbangkan, kerajaan telah mengarahkan semua jabatan kerajaan termasuk sekolah menutup premis masing-masing mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan bagi bertujuan memutuskan rantaian penularan Corona virus ini. Diharap semua ibu bapa serta anak masing-masing dapat kekal berada dirumah dan menghadkan pergerakan ke tempat-tempat ramai orang serta mengamalkan kebersihan diri yang baik.
Diharap sepanjang cuti ini adalah masa terbaik untuk ibu bapa meluangkan masa yang berkualiti dengan anak masing-masing. walaupun murid tidak dapat ke sekolah untuk belajar, namun, murid masih lagi boleh membuat ulang kaji di rumah dan membuat latihan secara online dengan bimbingan ibu bapa masing-masing.
LAWATAN BERMAKLUMAT MURID SK SANTONG
Lawatan bermaklumat murid SK Santong ke Pesta Buku Perpustakaan Negeri Terengganu dan Pusat Sains Terengganu diadakan pada 27 Februari 2020 melibatkan murid Tahap 2 dan 4 orang guru SK Santong. Rombongan lawatan telah bertolak dari sekolah pada jam 8.00 pagi. Lawatan ini bertujuan membawa murid sendiri ke pesta buku tersebut bagi menggalakkan murid membaca dan mengenali sendiri Perpustakaan Awam Negeri Terengganu disamping memberi pendedahan kepada murid tentang info dari Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu. Semoga lawatan ini bermanfaat kepada murid.
GOTONG ROYONG PERDANA PIBG
Gotong royong perdana PIBG telah diadakan pada setiap hari jumaat bagi membantu pihak sekolah dalam persediaan menghadapi APSSK 2020. Semoga kerjasama diantara semua ibu bapa dan warga SKESA ini berterusan!
Monday, March 9, 2020
KHIDMAT BANTU PKG BAGI PERSEDIAAN APPSSK 2020
KHIDMAT BANTU PKG BAGI MAKMAL KOMPUTER SK SANTONG APSSK 2020
Pihak PKG Dungun telah hadir pada 18 dan 19.2.2020 bagi memberi khidmat bantu untuk projek persediaan naik taraf makmal komputer SK Santong sempena APSSK 2020.
SAMBUTAN BULAN ANTI DADAH 2020
Sambutan Bulan Anti Dadah peringkat sekolah ini pada 19.2.2020. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Zaharah Yazid, guru besar SK Santong. Antara aktiviti yang dijalankan seperti deklamasi sajak oleh murid dan juga aktiviti mewarna poster anti dadah. Matlamat program ini adalah untuk mendidik dan memulihkan tingkah laku negatif murid seperti penyalahgunaan dadah supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah akan telaksana.
Thursday, February 20, 2020
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
Program Jom Ke Sekolah merupakan program kerjasama diantara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM. Pada tahun ini program jom ke sekolah ini dilancarkan serentak seluruh negara pada 17 Februari 2020. SK Santong juga telah mengadakan majlis pelancaran program ini dengan menjemput PPS SK Santong iaitu Koperal Sayuti dari Balai Polis Paka serta dirasmikan oleh Guru Besar Puan Siti Zaharah Bt Yazid diiringi oleh Pegawai PPD 1P1S Sk Santong iaitu En Rohazal Abdullah. Turut hadir dalam majlis ini adalah wakil PIBG SK Santong.
Subscribe to:
Posts (Atom)


































