Tuesday, February 18, 2020

PESTA BUKU PPAT 2020

Pesta Buku Perpustakaan Awam Terengganu bagi tahun 2020 bermula 22 - 29 Februari 2020. Semua dijemput hadir.



DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

6 Matlamat Dekad Membaca Kebangsaan:

1. Kepelbagaian program membaca.
2. Pembangunan prasarana dan aktiviti membaca.
3. Pesta buku sebagai destinasi perbukuan masyarakat.
4. Pembangunan pembacaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.
5. Capaian buku digital/e-buku.
6. Pendidikan sepanjang hayat.

#MalaysiaMembaca


Saturday, February 8, 2020

PELANCARAN NILAM & GOOGLE CLASSROOM 2020

Pelancaran Program Nilam & Google Classroom diadakan pada 4 Februari 2020 dirasmikan oleh guru besar SK Santong Puan Siti Zaharah Yazid bertempat di Dewan Ilmu SK Santong. Pelancaran Program Nilam dibuat setiap tahun bagi mencapai matlamat kerajaan untuk melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid khususnya dan juga warga sekolah. Program Google Classroom pula diperkenalkan oleh kerajaan untuk semua sekolah bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan tanpa menggunakan kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar. 










MESYUARAT AGUNG PIBG SK SANTONG KALI KE-34 TAHUN 2020

Mesyuarat Agung PIBG SK Santong kali ke-34 tahun 2020 telah diadakan pada 29 Januari 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Ilmu SK Santong bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh En Fairos Bin Roslan, Pengurus Besar Petronas GPP Santong diiringi oleh Pegawai PPD  Dungun iaitu En Rohazal Abdullah. Antara agenda mensyuarat adalah untuk memilih jawatankuasa PIBG yang baru. Pengagihan bantuan awal persekolahan sebanyak RM 100 seorang murid juga diadakan pada jam 5.00 petang selepas mesyuarat PIBG selesai.

Pemilihan Jawatankuasa PIBG yang baru tahun 2020:
YDP PIBG: En Abu Bakar Bin Salleh













Monday, February 3, 2020

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah pada tahun ini telah diadakan pada 22 Januari 2020 bertempat di perkarangan Masjid Kg Santong melibatkan semua murid tahap satu dan dua. Merentas Desa merupakan acara tahunan di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid. Ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa di bangku sekolah.









Monday, January 27, 2020

PERKONGSIAN RESENSI BUKU

Perkongsian resensi buku oleh murid dan guru SK Santong





GOTONG ROYONG & KHIDMAT BANTU PKG PAKA BAGI PERSEDIAAN APPSSK 2020

Pada 13 Januari 2020, pihak sekolah telah mengadakan gotong royong bersama guru dan murid serta khidmat bantu dari PKG Paka bagi persediaan menghadapi APPSSK 2020. Pihak sekolah amat menghargai jasa dan khidmat bantu dari pihak PKG Paka yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam membuat persiapan menghadapi pertandingan tersebut.