Monday, January 27, 2020

KEPUTUSAN KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT ZON PAKA TAHUN 2020

Kejohanan Badminton peringkat zon Paka telah diadakan pada 14 Januari 2020 bertempat di SK Ketengah Jaya 2, Dungun. Pada tahun ini, SK Santong telah menghantar seramai 4 orang murid lelaki bagi mewakili dalam acara perseorangan dan juga regu. SK Santong telah berjaya menjadi Naib Johan bagi acara regu lelaki dan seterusnya mewakili Zon Paka ke peringkat daerah.




Wednesday, January 15, 2020

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2020

Sesi Persekolahan Tahun 2020 telah pun bermula pada 1.1.2020 iaitu pada hari Rabu. Menariknya pada hari pertama persekolahan, semua guru telah berkumpul dihadapan pintu pagar sekolah ini bagi menyambut kedatangan murid. Semoga permulaan Tahun 2020, semua murid SK Santong lebih berdedikasi dan cemerlang!






Tuesday, December 31, 2019

HARI PENDAFTARAN SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2020

Hari Pendaftaran sekolah bagi SK Santong untuk sesi persekolahan 2020 telah diadakan pada 31 Disember 2019. Hari pendaftaran sekolah membolehkan ibubapa membeli peralatan dan alat tulis murid bagi persediaan sesi persekolahan yang baru.







Monday, December 23, 2019

KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2019

Keputusan UPKK bagi murid Tahun 5 2019 telah diumumkan pada 18 Disember 2019. SK Santong telah mendapat tempat ke 5 terbaik UPKK sekolah-sekolah daerah Dungun. Seramai 9 orang daripada 15 orang murid tahun 5 SK Santong telah mendapat 8A dalam UPKK. Semoga kejayaan ini berterusan dan memberi inspirasi kepada murid lain untuk turut cemerlang! TAHNIAH SK SANTONG!







KEPUTUSAN UPSR 2019

Pada 21 November 2019, Keputusan UPSR bagi tahun 2019 telah diumumkan diseluruh negara. Semua murid Tahun 6 SK Santong telah menerima keputusan masing-masing. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan tidak berjaya,jangan berputus asa kerana perjalanan masih panjang dan kejayaan tidak akan pernah berhenti selagi usaha berjalan! Syabas dan Tahniah!




HARI ANUGERAH CEMERLANG SK SANTONG 2019

Hari Anugerah Cemerlang SK Santong telah diadakan pada 18 November 2019 bertempat di Dewan SK Santong.

Hari Anugerah Cemerlang merupakan program yang  mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dengan adanya program ini, ia diharapkan menjadi satu galakan kepada murid-murid untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik seterusnya memberikan motivasi kepada ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan.