Tuesday, September 10, 2019

DEBARAN UPSR 2019


EPISOD 12 SKESA TVPSS : DEBARAN UPSR 2019
Murid-murid tahun 6 SK Santong telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada hari ini. Calon UPSR SK Santong ialah sebanyak 18 orang murid. Semoga semua murid Tahun 6 dapat menjawab dengan baik.



SK SANTONG JOHAN APPSSNT 2019 KATEGORI SKM

Pada majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung pada 25 ogos 2019 bertempat di BTPN Marang Terengganu, SK Santong telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Penilaian Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM)

TAHNIAH WARGA SKESA !!




Monday, September 9, 2019

UPSR 2019

Peperiksaan UPSR 2019 akan berlangsung pada 4 - 11 September 2019. Semoga semua murid tahun 6 2019 dapat menjawab soalan dengan baik dan semoga kejayaan menjadi milik semua murid SKESA!


Wednesday, July 31, 2019

ANUGERAH PENILAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI TERENGGANU (APPSSNT) 2019

Sekolah Kebangsaan Santong telah terpilih untuk mewakili daerah Dungun dalam APPSSNT 2019 bagi kategori sekolah kurang murid (SKM). Penilaian akan bermula pada 1 Ogos 2019. Semoga hasil usaha warga sekolah berbaloi dan membuahkan hasil yang positif. Semoga berjaya!





Wednesday, July 24, 2019

SEUNTAI KATA

SELAMAT DATANG KE LAMAN SKESA

Mencari timba anak dara
Dibawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Laman Facebook SK Santong : SK. Santong,Paka Terengganu

Saturday, March 16, 2019

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN VLE FROG TAHUN 2019

 Pelancaran Program Nilam & VLE Frog bagi tahun ini telah diadakan pada Mac 2019 bertempat di Dewan SK Santong dan dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn Arnida Abu Bakar.