Tuesday, May 10, 2022
Tuesday, February 2, 2021
PROMOSI IQ-NILAM
PROMOSI IQ-NILAM
Adalah sistem yg digunakn utk merekod bacaan murid secara online.
PROMOSI DELima
Delima utk murid meneroka aktiviti secara kendiri spt kelas online, muat turun buku teks digital, meminjam buku digital, merekod aktiviti bacaan dan menguasai kemahiran baru.
Monday, January 4, 2021
SK SANTONG JOHAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH (KATEGORI SKM) PERINGKAT KEBANGSAAN 2020
Tahniah buat SK Santong kerana telah berjaya menjadi JOHAN dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat Kebangsaan (APSSK) bagi Tahun 2020..Semoga kejayaan yg berjaya diraih pada awal tahun ini akan menjadi pemangkin dan semangat buat semua warga sekolah untuk mengekalkan momentum kejayaan buat anak-anak SK Santong.InsyaAllah.
Tuesday, December 15, 2020
Anugerah Festival Digital Teknologi Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu 2020
Jangan lupa saksikan Anugerah Festival Digital Teknologi Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu pada 22 Disember 2020 (Jumaat) ini jam 10 pagi. Terdapat 46 anugerah akan diumumkan.
Pautan youtube: https://youtu.be/fMcbTKDwHd0
YouTube (https://youtu.be/fMcbTKDwHd0)
Anugerah Festival Digital Teknologi Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu 2020
Webinar Literasi Digital Dan Pusat Sumber Sekolah 2020
Dijemput tuan/puan sekalian untuk sama² menyaksikan :
Webinar Literasi Digital Dan Pusat Sumber Sekolah serta Majlis Penutup Kejohanan Quizizz Literasi Maklumat Pengawas Pusat Sumber Sekolah Tahun 2020
Tarikh : 16 Disember 2020
Hari : Rabu
Masa : 3.00 pm
Pautan YouTube : https://youtu.be/jKC_PP_8yqk
Pautan Facebook : https://web.facebook.com/GengBuku
Mari bersama kita dengarkan kupasan informasi berkaitan literasi maklumat, literasi digital dan pusat sumber sekolah dari barisan panelis² yang dibawakan khas untuk anda semua.
Jumpa nanti ya!
Sunday, December 6, 2020
RAK BUKU MAYA PUSAT SUMBER SK SANTONG
PSS Raudhatul Ilmi, SK Santong telah mengambil inisiatif membina rak buku maya bagi membolehkan semua murid dan komuniti SK Santong untuk melaksanakan Program NILAM walaupun berada di rumah ketika wabak COVID-19 ini.
Sunday, November 8, 2020
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA SEKOLAH BERIKUTAN PENINGKATAN KES COVID 19
Ekoran dari pertambahan kes Covid 19 di negara kita baru-baru ini dan juga Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat yang dibuat oleh kerajaan, KPM juga telah memutuskan untuk menutup semua sekolah di seluruh negara bermula 9 November sehingga 17 Disember 2020 Berdasarkan kepada ucapan Menteri Pendidikan Malaysia Dr Radzi Jidin pada 8 November 2020:
1. Pengajaran dan Pembelajaran secara online masih diteruskan. Guru perlu kekal berada di stesen masing-masing.
2. Murid-murid yg tinggal di asrama perlu dijemput pulang oleh ibu bapa.
3. Penggal persekolahan akan bermula 20 Januari 2021 secara bersemuka bagi semua murid termasuk Kolej Vokasional.
4. Untuk murid tingkatan 2 dan 3 akan mulakan sesi persekolah pada 20 Januari 2020 secara online. Akan mula kelas secara bersemuka pada 8 Mac 2021.
5. Tarikh peperiksaan ditunda iaitu SPM, SVM dan STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. STPM akan bermula pada 8 Mac 2021.
6. Kesemua ketetapan ini terpakai utk semua institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM. Untuk sekolah swasta lain disaran ikut tarikh ini.
7. Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Murid ke Sekolah Khusus (PKSK) bagi tingkatan 1 dan 4 ditangguhkan ke tarikh yg akan dimaklumkan kelak.
8. Bagi pelaksanaan Percubaan SPM, Kerja Kursus dan pentaksiran yg dijadualkan pada Disember, akan dijadualkan semula dan akan dimaklumkan kemudian.
9. Penjadualan peperiksaan ini tidak akan menjejaskan kemasukan ke IPT bagi tahun 2021 yg dikendalikan melalui UPU online oleh Kementerian Pemgajian Tinggi.
10. Bagi pelajar matrikulasi dan IPG, mereka akan meneruskan pembelajaran secara online sepenuhnya sehingga 31 Disember 2020. Pelajar matrikulasi akan masuk pada 4 Januari 2021.
11. Peperiksaan MUET utk pelajar matrikulasi yg dijadualkan pada 8 - 19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke tahun 2021.